Irsyad Syahmi

February 22, 2012 in dear diary

20120222-061612.jpg

new member in our family, he is my older sister’s son. Cute kan? Lahir pada 9 Februari 2012. Another warrior of dragon!!

You might also like:

just dropping by..

February 20, 2012 in dear diary

owwhhh.. patut lah.. tengah busy mengketik-ketik keyboard, tiba-tiba rasa macam ada jak benda yang belum di buat. rasa macam banyaaak sangat masa terluang. ceh.. padahal.. patut la..

LAMA SUDAH TIDAK MENJENGUK SI ENCIK BLOG!! 

haihhh.. apa khabar blog ku? apa khabar blog jiran-jiran ku?

aduh.. memang tidak sempat baca entri kamurang, walaupun topiknya hot-hot belaka, mengalahkan pisang goreng!! mana yang ada banyak gambar tu, saya main scroll ajer la, tapi tidak juga habis page tu di-scroll. mana yang banyak text tu, adeh.. perkataan awal dan akhir perenggan  jak yang saya sempat baca. tapi, saya faham juga apa yang kamu tulis.. hahahaha..

sampaikan bertimbun sudah comment dalam blog ni pending for approval. nasib baik semuanya SPAM. hahaha.. haishhh!! ketawa buat apa? SPAM tu penjahat tu!! Cilakak!!

ok la, memang very the busy tahap gaban skang ni. belum pernah lagi saya rasa se-busy ini, sampai tiba-tiba pandai blackout, tidak tau mana satu perlu dibuat dulu.. buat kerja ka.. update facebook kaa… update blog kaaa.. hahahaha… tapi, seriously, baru jak saya mau serius menghadap laptop, sekali saya jeling di jam, rupa-rupanya tinggal 15 minit lagi mau pulang. aikk??! apa plak saya buat dari pagi tadi?? lamaaa saya berfikir.. rupa-rupanya tinggal 5 minit lagi. aiyya!! sempat buka facebook jak la kalau begini. :p

apa?? bukan saya sorang jak yang busy?? kamurang pun busy jugak?? bah.. kasitau la bah di blog kamurang. ada ku kesah?!

Naaa.. skang kamu tau sudah kan? kalau busy, memang saya cakap Sabahan. belum lagi kamurang nampak saya stress, terus keluar saya punya Dusun. hahahaha..

You might also like:

IG6 untuk antibodi anak

February 13, 2012 in abraham daniel, baby's stuff

untuk kali yang ntah ke berapa.. selalu jer terbaca status ibu-ibu di FB mengatakan anak dorang mudah sakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. kesian.. sape yang tak risau kalau anak sakit kan? kalau ibu-ibu bekerjaya, terpaksa lah ambik cuti emergency. huhuhu..

saya bukan nak taksub ke, takbur ke aper.. tapi just nak share informasi berguna dan berkesan, sekurang-kurangnya untuk kes danieL. dulu danieL pun sama macam budak-budak lain gak, cuaca berubah skit jer, dia dah mulai batuk-batuk, demam dan selsema. pastu kadang-kadang lebih seminggu baru sihat sket. baru beberapa minggu sihat, sakit berulang lagi, padahal antibiotik baru jer habis, kena ambik antibiotik lain plak. huhuhu.. rasa macam takde kesudahan, anak pun asek makan ubat jer.

pastu, dapat recommendation dari seorang auntie. dia suruh bagi danieL makan produk Elken iaitu IG6. menurut auntie ni, dulu anak dia pun selalu sakit, maklum lah setiap hari kena hantar ke nursery, bila anak orang lain sakit, anak dia pun terjangkit. tapi, bila dah ambik produk tu, dalam tempoh 3 bulan jer dah nampak perubahan ketara. antibodi anak semakin kuat dan tak mudah sakit.

well.. of course, masa mula-mula dengar tu, memang la tak percaya langsung. tapi, bila hubby dah mula berminat dengan makanan-makanan tambahan, kami pun try la bagi IG6 untuk danieL. kalau tak silap, bermula bulan puasa (Ogos 2011) sampai lah ke hari ini, alhamdulillah.. danieL tak sakit. hari tu dia ada batuk skit, masa tu memang musim batuk dan selsema, so kami ikut nasihat auntie tu, dia kata kalau anak dah menunjukkan simptom-simptom nak sakit, bagi dia makan IG6 tu dengan kadar dua kali ganda dari hari biasa. jangan risau, IG6 ni bukan sejenis ubat, tapi hanya lah makanan tambahan iaitu sejenis kolostrum yang diambil dalam tempoh 6 jam selepas kelahiran anak lembu. selepas 2 hari, batuk-batuk dah hilang dan selsema pun tak menjadi. alhamdulillah..

samada ibu-ibu di luar sana percaya atau tidak, cuba dulu baru tau kan? harga dia memang ada mahal sket la, tapi demi anak, apa salahnya kan? lagipun, kalau anak selalu sakit, terpaksa juga kita belikan ubat dan kalau dikira-kira semua kos yang terlibat, harganya pasti sama atau lebih dari harga produk ni. terutama sekali kalau anak yang kerap dan mudah sakit, cuba lah produk ni. kalau anak kurang sakit, walaupun selera makan dorang tak sekuat mana, secara automatik tumbesaran dorang tak terganggu. personally, saya memang berpuas hati dengan produk ni sebab danieL pun suka, kalau boleh setiap jam nak mengunyah pil IG6 dan pengambilan pil ini tidak menambah selera makan danieL, tapi tumbesaran dia maintain giteww…

maklumat lanjut berkenaan produk ni, boleh lah tanya Uncle Google ya.. ;)

You might also like: